E-Learning Sains dan Matematik
20 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2019, Pusat Internet Kesedar Lebir telah mengadakan sesi pembelajaran secara atas talian bagi subjek Sains dan juga Matematik melalui aplikasi Kahoot. Kelas yang bertempat di bilik latihan PI Kesedar Lebir ini dihadiri seramai 8 orang peserta dan berlangsung selama 3 jam bermula pukul 9:30 pagi.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kepada peserta mengenai subjek tersebut dengan cara yang lebih menarik.Para peserta kelihatan bersemangat sepanjang sesi dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: